Sunday, January 31, 2010

IMPROVING MEETING MANAGEMENT SKILL



Selain daripada panduan mesyuarat yang terdapat dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), idea penulis Clara Campbell dari petikan rencana New Straits Times boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Meetings can be very productive. And they can also be a waste of time! Here are some ways to improve your meeting management skill.

Stand PAT : I use a "PAT" approach to meetings. A meeting has to have : a purpose, an agenda, and a timeframe. Otherwise don't do it, scrap the meeting!

Purpose : You should be able to define the purpose of the meeting in one or two sentences at most. " This meeting is to plan the new marketing campaign" or "this meeting is to review shipping's new policy for handling returns". That way, everyone knows why they are there, what needs to be done, and how to know if they are successful.

Set an agenda : List the items you are going to review/discuss/inspect. I like to assign a time limit to each agenda item and identify the person responsible to speak or moderate the discussion.

Set a timeframe : At the very least set a start and end time. I also recommend setting a duration for each time in the agenda. These should total the overall meeting timeframe.

Don't wait : Meetings need to start on time. Don't wait for stragglers to show up. When someone arrives late, don't review what was already been covered. That will waste the time of the people who showed up on time for the meeting.

Keep and send minutes : Someone should keep minutes of the meeting. The minutes should record who attended, what was discussed, any agreement that were reached, and any action items that were assigned. Soon after the meeting, usually within 24 hours, the minutes of the meeting should be distributed to all who attended, any invitees who did not attend, and anyone else effected by the discussion. E-mail is a great vehicle for distributing them.

I believe these things will make your meetings more productive.

Saturday, January 30, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL.1/2010






Mesyuarat Pengurusan Kantin Bil.1/2010 telah diadakan pada 29 Januari 2010 (Jumaat) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat JPWPL. Mesyuarat dihadiri oleh semua Penolong Kanan HEM dan Guru Kantin Sekolah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah :

  1. Semua sekolah mesti memberi penekanan kepada pelaksanaan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan). Sekolah-sekolah yang belum menggerakkan Jawatankuasa 3K perlu segera mengadakan mesyuarat.
  2. Pembentangan Sistem Maklumat Kantin (SisMakan). Semua sekolah diminta mengemaskini SisMakan.
  3. Pembentangan Sistem Maklumat Murid (SMM) Versi 4.0. Semua sekolah diminta mengemaskini SMM masing-masing
Terima kasih kepada Cikgu Jastin Gapas (SMK Mutiara) selaku JU SisMakan dan SMM yang memberi penerangan kepada ahli-ahli mesyuarat.

Friday, January 29, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) BIL.1/2010





Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Bil.1/2010 telah diadakan pada 28 Januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat JPWPL. Mesyuarat ini dihadiri oleh Penolong Kanan HEM dan Guru PPDa sekolah rendah dan sekolah menengah.

Antara agenda yang dibincangkan ialah :

  • Peranan Unit HEM dan PPDa di sekolah untuk memastikan pencapaian matlamat 'Sekolah Bebas Dadah 2012' dan 'Negara Bebas Dadah 2015'
  • Pengurusan PPDa di sekolah
  • Program PPDa Tahun 2010
  • Laporan Program PPDa Peringkat Sekolah dan Negeri Tahun 2010
Terima kasih atas perhatian semua PK HEM dan Guru PPDa, semoga program PPDa akan berjalan secara terancang di sekolah dan memberi impak positif kepada murid-murid di WP Labuan.

Thursday, January 28, 2010

LAWATAN PROGRAM MENTOR HEM KE SK KERUPANG






Hari ini 28 Januari (Khamis), tiga orang pegawai Unit HEM iaitu En Asmawi Hj Ahmad (Penyelia PPDa), Tuan Hj Abdul Jahar Mulok (Penyelia Kebajikan) dan En Mohd Yunus Mohd Jaafar (Penyelia Kesihatan) mengadakan lawatan Program Mentor ke SK Kerupang.

Pemantauan dan perbincangan dibuat bersama Pn Siti Norkiah Abdul (Guru Besar), PK HEM, PK Pentadbiran serta guru-guru berkaitan untuk memantapkan lagi pengurusan HEM SK Kerupang. Terima kasih atas kerjasama semua.

LAWATAN PROGRAM MENTOR KOKURIKULUM KE SMK LAJAU DAN SM TEKNIK






Pegawai-pegawai SPPK meneruskan lawatan Program Mentor Kokurikulum pada 27 Januari ke SMK Lajau dan SM Teknik. Pihak pengurusan sekolah berkongsi maklumat dan berbincang tentang strategi memantapkan pelaksanaan kokurikulum.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

LAWATAN PROGRAM MENTOR KOKURIKULUM KE SK TANJUNG ARU





Terima kasih atas kerjasama Guru Besar dan semua Penolong Kanan SK Tanjung Aru menjayakan lawatan pegawai-pegawai Unit Kokurikulum dan Unit Sukan SPPK sempena Program Mentor SPPK 2010.

Pegawai-pegawai SPPK terdiri daripada En Subari Dwar (Ketua Unit Kokurikulum), En Asbola Amit (Ketua Unit Sukan), En Mohd Aminuddin Abdul Malek (Penyelia Pembangunan Sukan), Cik Nor Ain Mohamed (PP Ko Akademik) dan En Jumat Latip (Penyelia PBB). Perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah diyakini dapat meningkatkan pelaksanaan kokurikulum di SK Tanjung Aru.

MORNING PRAYER SPPK 26 JANUARI






Pada 26 Januari (Selasa) jam 8.30 - 9.00 pagi, Morning Prayer SPPK diadakan untuk membincangkan beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera termasuk penyelarasan pemantauan Program Mentor minggu ini serta-serta mesyuarat-mesyuarat dan program yang berlangsung dalam minggu ini.

Wednesday, January 27, 2010

ANTIK TAPI MENARIK



Foto 2 item yang dirakam oleh En Mohd Yunus Mohd Jaafar di SK Sungai Lada ini sangat menarik perhatian saya kerana ada nilai dan kenangan di sebaliknya.

Loceng lama ini mengingatkan kita suasana persekolahan zaman 70an. Bunyi loceng ini menentukan masa masuk kelas, perantaraan waktu dan masa pulang. Ada juga yang menggunakan rim tayar yang juga mengeluarkan bunyi yang kuat untuk tujuan yang sama .

Piala logam lama ini juga mempunyai makna tersendiri. Lihatlah labelnya 'JOHAN MENGHIAS RUMAH' mengingatkan betapa meriah sukan ketika dulu. Piala ini jika diamati ukiran tulisannya merupakan sumbangan seseorang bukannya menggunakan peruntukan sekolah. Kini kemeriahan sukan ingin diwujudkan kembali dan menjadi agenda YAB Menteri Pelajaran kita mulai tahun ini. Menghias rumah sukan merupakan salah satu ciri kemeriahan sukan.

Kembalikan semangat tersebut dan meriahkanlah sukan sekolah kita.

Terima kasih Cikgu Yunus atas idea kreatif ini. Tak sia-sia ikut kursus fotografi. Setiap gambar mengisahkan 1000 cerita.

PROGRAM MENTOR UNIT HEM KE SK SUNGAI LADA






Hari ini 27 Januari 2010, pegawai-pegawai Unit HEM SPPK mengadakan lawatan Program Mentor ke SK Sungai Lada. Lawatan ini seperti lawatan sebelumnya bertujuan memberi bimbingan kepada PK HEM dan guru-guru yang berkaitan dengan tugas HEM dari segi pengurusan dan pelaksanaan program HEM di sekolah.

Harapan kami agar pengurusan HEM di SK Sungai Lada akan terus meningkat dan memberi impak positif kepada semua murid.

Terima kasih kepada En Abdol Sappar Hj Awang Damit (Guru Besar), Puan Norela Suhaimi (PK HEM),guru-guru dan staf SK Sungai Lada yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang lawatan tersebut.

Tuesday, January 26, 2010

PROGRAM MENTOR UNIT HEM KE SK PANTAI






Hari ini 26 Januari 2010 pegawai-pegawai Unit HEM diketuai oleh Ketua Unit HEM Tuan Haji Salamat Daliman telah membuat lawatan pemantauan dan bimbingan Program Mentor ke SK Pantai.

Seperti biasa, perkara yang dipantau dan diberi bimbingan ialah aspek pengurusan HEM sekolah. perbincangan dengan Guru Besar, PK HEM dan guru-guru yang berkaitan tugas HEM dapat menjelaskan lagi fungsi bidang HEM dan kepentingannya kepada murid.

Terima kasih kepada En Ludin Ramli (Guru Besar), Pn Diah Mohd Yussof (PK HEM) serta PK 1, PK Kokurikulum dan guru-guru yang membantu proses pemantauan dan bimbingan ini. Semoga pengurusan HEM SK Pantai akan terus cemerlang.

Foto-foto ini diambil oleh En Mohd Yunus Mohd Jaafar (Penyelia Kesihatan) yang semakin mahir mengambil gambar sejak mengikuti kursus fotografi minggu lepas.

Monday, January 25, 2010

PROGRAM MENTOR UNIT HEM SPPK






Hari ini 25 Januari 2010, pegawai-pegawai Unit HEM SPPK telah membuat lawatan program mentor ke SM Sains Labuan. Lawatan disertai Tuan Hj Salamat Daliman (Ketua Unit HEM), En Matnor Hj Mohd Daud (PP Disiplin), Pn Rosminah Jambol (PP Bimbingan & Kaunseling), Tuan Hj Abdul Jahar Mulok (Penyelia Kebajikan) dan En Asmawi Hj Ahmad (Penyelia PPDa).

Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan menilai beberapa perkara seperti :
  1. Aspek 3K (Kebersihan , Kesihatan dan Keselamatan) di kawasan-kawasan seperti Asrama, Kantin dan Dewan Makan
  2. Fungsi Unit Bimbingan dan Kaunseling
  3. Aspek Pengurusan Rekod Kehadiran Murid
  4. Keceriaan Kelas
Selain penghargaan, beberapa teguran membina juga diberi untuk menambahbaik pengurusan Hal Ehwal Murid SM Sains Labuan. Terima kasih atas kerjasama Tuan Pengetua (Tuan Hj Ali Deros) dan En Samsuddin Mokhtar (PK HEM).

TAKLIMAT NKRA PENDIDIKAN









Hari ini 25 Januari 2010 telah berlangsung Taklimat 'Roadshow' NKRA Pendidikan di Jabatan Pelajaran WP Labuan pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Taklimat disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Zulkifly Bin Mohd Wazir (Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM) dan Tuan Hj Mohd Kholil Bin Mohammad (Ketua Sektor Bahagian Pengurusan Sekolah SBP dan Sekolah Kluster KPM).

Antara yang menghadiri taklimat ini ialah Y.Bhg. Pengarah Pelajaran WP Labuan, Ketua-Ketua Sektor, semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.

NKRA Pendidikan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, iaitu :

  1. PRA SEKOLAH : Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan pra sekolah dengan menjadikan pra sekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat : 72% enrolmen untuk kohort kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2010
  2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) : Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Matlamat : 90% menguasai LINUS pada 2010
  3. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) : Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. Matlamat : sasaran 20 SBT menjelang 2010
  4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH (BAI'AH) : Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran serta membantu Pengetua dan Guru Besar yang lemah. Matlamat : 2% Pengetua / Guru Besar menerima ganjaran menjelang 2010