Sunday, March 21, 2010

PUBLISITI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE 10 TAHUN 2010






Kejohanan Olahraga MSSWPL Kali Ke 10 Tahun 2010 akan diadakan pada 29 & 30 Mac (Acara Padang) di SM Teknik Labuan, dan pada 7-10 April (Acara Balapan) di Mini Stadium Kolej Matrikulasi Labuan. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan tahun ini diterajui oleh SM St Anthony, SM St Anne dan SK Rancha-Rancha.

Diharap semua sekolah telah bersedia untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Jadual acara dan maklumat lanjut kejohanan sila rujuk PK Kokurikulum / Setiausaha Sukan sekolah masing-masing, atau hubungi JK Pengelola.

Foto-foto ini adalah suasana kejohanan olahraga pada tahun 2009.

Saturday, March 13, 2010

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK SBPL/SMSL 1985-2010





Majlis Sambutan Jubli Perak SBPL/SMSL 2010 telah dirasmikan pelancarannya oleh Y.B. Kolonel (K) Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan pada 12 Mac 2010 jam2.30 petang di Dewan Samudera SMSL. Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran WP Labuan (En Mohammad Zaki Mohd Yusof), mantan 'care taker' SBPL 1984 (Tuan Hj Sharif Haron), mantan Pengetua SMSL 1998-2001 (Tuan Hj Razali Mohd Tahir), mantan guru dan alumni SBPL/SMSL.

Y.B juga merasmikan Galeri SMSL yang dibiayai oleh Alumni SMSL pimpinan En Lahaji M. Yunus (bekas murid SBPL batch pertama 1984).

Majlis makan malam juga diadakan dan berjaya mengumpulkan kembali para alumni SBPL/SMSL. Tahniah kepada kepimpinan Alumni SMSL. Semoga akan terus menyumbang kepada kegemilangan SMSL.

Thursday, March 11, 2010

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SMSL - BEIJING 2010













Anak sulung saya yang belajar di Tingkatan 2 SMSL telah menyertai Program Pengantarabangsaan SMSL - Beijing 2010 pada 4-10 Mac 2010. Nampak gembira waktu balik malam tadi. Puas hati la tu kerana angan-angan telah menjadi kenyataan.. apatah lagi sempat jumpa salji sikit..


Bagus lah, sekurang-kurangnya program ini menjadi daya penarik murid-murid untuk belajar di SMSL. Tahun sebelum ni ke Brunei dan Indonesia, tahun ni ke Beijing, tahun depan mungkin Australia atau Korea..

Friday, March 5, 2010

MENGIMBAU KENANGAN SBPL/SMSL : GURU-GURU 2000


11 orang masih bertugas di SMSL iaitu En Awang Sofien Awang Mohdzar, En Wan Rodzali Wan Othman, En Zulkifli Zakaria, Pn Maziah Yusop, Pn Chin Tsuey Wei, Pn Rohana Yasin, Cik Murniza Md Jidin, Ustazah Maizan Mamat, En Mohd Khairul Isa Shamsudin, En Saidi Ismail dan En Mohd Rohit Safuan.

4 orang lagi masih berada di Labuan iaitu saya sendiri dan Cik Khaziyati Osman (Jabatan Pelajaran WP Labuan), Pn Norliza Mahmud dan Pn Lee Beng Heok (Jemaah Nazir Sekolah Labuan). Tiada dlm gambar, En Sahbudin Ag Muhamad (Jabatan Pelajaran WP Labuan).

MENGIMBAU KENANGAN SBPL/SMSL : GURU-GURU 1998


Hanya 10 orang dalam gambar ini yang masih berada di Labuan. Pn Norliza Mahmud, En Zulkifli Zakaria, Pn Rohana Yasin,En Awang Sofien Awang Mohdzar, En Sahbudin Ag Muhamad, Pn Chin Tsuey Wei, En Saidi Ismail, En Mohd Rohit Safuan, En Asbola Amit dan saya sendiri. Tiada dalam gambar, Pn Lee Beng Heok.

Monday, March 1, 2010

PERTANDINGAN KIBAR BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010





















Jabatan Pelajaran WP Labuan telah berjaya mendapat Johan Pertandingan Kibar Bendera Wilayah Persekutuan kategori Agensi Kerajaan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 mengatasi kira-kira 60 jabatan/agensi kerajaan yang lain.

Hadiah RM3000 disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sempena Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Labuan malam tadi.

Tahniah kepada staf-staf Jabatan Pelajaran WP Labuan yang bertungkus lumus membuat persediaan hingga membawa kejayaan yang besar ini.