Sunday, April 25, 2010

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PELAJARAN WP LABUAN






Majlis Perasmian Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran WP Labuan telah disempurnakan oleh Y.B. Kol (K) Datuk Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen WP Labuan pada 25 April 2010. Dalam ucapan beliau, Y.B. Datuk berharap agar Pusat Kokurikulum terus berperanan dengan berkesan untuk meningkatkan jati diri, ketahanan fizikal, mental dan rohani murid dan guru dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.

Y.B. Datuk juga mencadangkan agar semua sekolah menubuhkan dan mengaktifkan Alumni untuk memastikan bekas-bekas murid akan mengingati dan menyumbang kepada kemajuan sekolah.

Y.B. Datuk juga mengumumkan sumbangan dari peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM5000 untuk penyelenggaraan Pusat Kokurikulum, RM2000 untuk setiap PIBG sekolah menengah, RM1000 untuk setiap PIBG sekolah rendah dan sekolah rendah agama Islam.

Seluruh warga pendidikan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan komitmen Y.B. Datuk untuk memartabatkan pendidikan di WP Labuan

PERKHEMAHAN INTEGRASI 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN ZON MALAYSIA TIMUR 2010






Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur telah diadakan pada 22-25 April 2010 di Pusat Kokurikulum WP Labuan. Seramai 200 peserta mengikuti perkhemahan tersebut, terdiri daripada 20 peserta dari Sabah, 20 peserta dari Sarawak dan selebihnya dari WP Labuan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk mencapai matlamat perkhemahan tersebut iaitu aktiviti LDK, kerohanian, rekreasi pagi, berkayak, berbasikal 11 km, rentas halangan, ikhtiar hidup, aktiviti paintball dan kebudayaan. Penutupan perkhemahan disempurnakan oleh Y.Bhg. En Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof, Pengarah Pelajaran WP Labuan.

Tuesday, April 13, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE 10 TAHUN 2010






Kejohanan Olahraga MSSWPL telah ditutup dgn rasminya oleh YB. Kol (K) Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan pada 10 April 2010. Tahniah kepada pemenang-pemenang :
  • SK Membedai (Johan Keseluruhan Sekolah Rendah)
  • SMK Mutiara (Johan Keseluruhan Sekolah Menengah)
  • SK Rancha-Rancha (Johan Perbarisan Sekolah Rendah)
  • SM St Anne (Johan Perbarisan Sekolah Menengah)
Selamat menjalankan tanggungjawab kepada Pengelola 2011 iaitu SM Teknik dan SK Pekan Satu.