Perubahan Dasar PPSMI kepada MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasa Bahasa Inggeris) mungkin belum dapat difahami sepenuhnya oleh warga pendidik terutama bagaimana proses transisi berlaku secara berperingkat-peringkat.
Untuk penjelasan lanjut, sila layari portal KPM : www.moe.gov.my dan klik ikon MBMMBI yang menjelaskan dalam bentuk jadual yang mudah difahami.
Semoga kita semua akan lebih faham kerana perubahan ini melibatkan murid-murid, anak-anak dan saudara mara kita.
Monday, February 8, 2010
Saturday, February 6, 2010
TAKLIMAT ORIENTASI GURU BARU WP LABUAN 2010
Hari ini 6 Februari 2010 jam 3.00 petang bertempat di SMK Mutiara, saya menyampaikan taklimat kepada kira-kira 80 orang guru sempena Kursus Orientasi Guru Baru WP Labuan 2010.
Tajuk taklimat yang saya sampaikan ialah ;
- Penglibatan Guru Dalam Kokurikulum
- Gagasan 1 Malaysia
Saya berharap semua peserta kursus akan mempunyai jiwa guru dalam diri mereka, dan tidak menjadikan kerjaya guru hanya sebagai kerjaya untuk hidup sahaja. Kerjaya guru penuh dengan tanggungjawab dan amanah, serta memerlukan pengorbanan demi kejayaan anak-anak bangsa kita.
Thursday, February 4, 2010
MAJLIS PENGHARGAAN EN MAIDAN & PN KASUMA
Hari ini 4 Februari 2010 telah diadakan Majlis Penghargaan secara sederhana sempena pertukaran dua orang staf SPPK iaitu :
- En Maidan Dali Yusoff @ Sumardi (Penyelia SPBT), ditukarkan ke SK Membedai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.
- Pn Kasuma Sapar (Pembantu Tadbir N17 Pusat Kokurikulum), naik pangkat ke gred N22 dan ditukarkan ke SK Lubok Temiang
LAWATAN PROGRAM MENTOR HEM KE SJK (C) CHI WEN
Hari ini 4 Februari 2010, pegawai-pegawai Unit HEM mengadakan lawatan Program Mentor ke SJK (C) Chi Wen. Pemantauan dan perbincangan rumusan lawatan diadakan bersama Guru Besar, PK HEM dan guru-guru berkaitan tugas HEM. Terima kasih kepada Puan Teh Geik Sim (Guru Besar), Pn Laidah Augustine (PK HEM) dan guru-guru lain atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan tersebut.
Wednesday, February 3, 2010
LAWATAN PROGRAM MENTOR HEM KE SK BUKIT KALAM
Hari ini 3 Februari 2010, pegawai-pegawai Unit HEM membuat lawatan Program Mentor HEM ke SK Bukit Kalam. Seperti biasa, lawatan dibuat untuk memantau dan membimbing pelaksanaan pengurusan HEM sekolah. Terima kasih atas kerjasama En Abindi Samat (PK Kokurikulum) dan guru-guru yang membantu urusan sepanjang lawatan tersebut.
LAWATAN PROGRAM MENTOR KOKURIKULUM KE SK RANCHA-RANCHA DAN SK PATAU-PATAU
TAHNIAH !!!!!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran WP Labuan atas penganugerahan Bintang Kebesaran oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agung sempena Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari 2010, iaitu :
- Y.Bhg. En Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof (Kesatria Mahkota Wilayah - KMW)
- Tuan Hj Salamat Daliman (Ahli Mahkota Wilayah - AMW)
- En Jumat Hj Latip (Pingat Pangkuan Wilayah - PPW)
- Ustaz Mat Hanipah Mat Zain (Pingat Pangkuan Wilayah - PPW)
Subscribe to:
Posts (Atom)
