Sunday, February 21, 2010

SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SBPL/SMSL


Sebagai sokongan dan sumbangan kecil saya untuk menjayakan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SBPL/SMSL pada 12-14 Mac 2010, saya menyeru kepada bekas murid SBPL/SMSL sejak 1984 hingga 2009 untuk sama-sama menyokong majlis tersebut bersama pihak sekolah dan Alumni SBPL/SMSL. Terutama sekali bekas murid saya antara tempoh 1992 hingga 2002.

Saya akan 'upload' gambar-gambar peristiwa sepanjang 1992-2002 untuk mengembalikan kenangan menjulang nama SBPL/SMSL ketika berkhidmat sebagai guru, kaunselor, Ketua Warden dan PK HEM sebelum saya ditukarkan untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran WP Labuan pada 1 April 2002.

"DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN"

Saturday, February 20, 2010

TEMASYA SUKAN SM SAINS LABUAN KALI KE 24, TAHUN 2010






Hari ini 20 Feb 2010, saya menghadiri Temasya Sukan SM Sains Labuan yang diadakan di padang SM Sains Labuan. Istilah 'Temasya Sukan' disarankan penggunaannya menggantikan 'Kejohanan Sukan' atau 'Kejohanan Olahraga' sebagai melambangkan kemeriahan sukan yang dihasratkan oleh YAB Menteri Pelajaran.


Tahniah kepada JK Pengelola kerana melibatkan PIBG dan Alumni untuk menjayakan temasya ini. Majlis Perasmian disempurnakan oleh En Lahaji M. Yunus (Pengerusi Alumni SBPL/SMSL). Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster KPM, Pengetua SMK Labuan, Pengerusi PIBG SMSL serta ahli-ahli Alumni SBPL/SMSL


Rakan-rakan saya yang pernah berkhidmat sebagai guru di SM Sains Labuan juga turut hadir memberi sokongan. Antaranya En Omar Baki Matusin (Ketus Sektor SPS), En Asbola Amit (Ketua Unit Sukan), En Sahbudin Ag Muhamad (Ketua Unit Pembangunan). Kehadiran kami kali ini sebagai ibu bapa kerana anak-anak kami juga bersekolah di sekolah ini.


Sunday, February 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pegawai Jabatan Pelajaran WP Labuan, guru dan murid serta ibu bapa berbangsa Cina di WP Labuan, dengan harapan agar Tahun Harimau ini akan membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Gong Xi Fa Cai !!

Wednesday, February 10, 2010

HARI KOKURIKULUM SK PEKAN SATU









Hari ini 10 Februari (Rabu) saya mengambil kesempatan melawat SK Pekan Satu untuk melihat pelaksanaan pemakaian pakaian kokurikulum pada hari Rabu. Tahniah kepada semua warga SK Pekan Satu kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan Dasar Hari Rabu Hari Kokurikulum. Hampir keseluruhan guru dan murid tahap 2 memakai uniform pada hari ini.


Saya juga mengambil kesempatan mengingatkan murid-murid tentang matlamat kokurikulum untuk membentuk sahsiah dan disiplin. Apabila murid berdisiplin, guru akan dapat mengajar dengan lebih berkesan, dan pastinya prestasi akademik akan meningkat. Murid juga diingatkan agar menghayati falsafah dan objektif setiap pasukan badan beruniform yang dianggotai.


Terima kasih kepada Pn Raiki @Arnie Abdullah (Guru Besar), semua Penolong Kanan dan semua guru yang bersungguh-sungguh memartabatkan kokurikulum di SK Pekan Satu.

MESYUARAT PRE COUNCIL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL 2010








Mesyuarat Pre Council Kejohanan Olahraga MSSWPL 2010 telah diadakan pada 9 Februari 2010 jam 2.30 petang, dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar, PK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan bagi 3 sekolah yang menjadi pengelola kejohanan tahun ini iaitu SM St Anthony, SM St Anne dan SK Rancha-Rancha.

Hadir bersama ialah Pengerusi Teknik Olahraga dan guru-guru yang mahir dalam membina sistem pendaftaran dan statistik kejohanan. Mesyuarat ini diadakan untuk menyelaraskan persediaan untuk Mesyuarat JK Induk Kejohanan Olahraga MSSWPL yang dijangka akan diadakan pada 25 Februari 2010.
Antara perkara yang dipersetujui :

  1. Tarikh kejohanan dicadangkan pada 29 dan 30 Mac (acara padang di SM Teknik), dan 7-10 April (acara balapan di Kolej Matrikulasi Labuan)

  2. Perasmian Pembukaan pada 7 April jam 7.00 pagi di KML, Perasmian Penutupan pada 10 April jam 2.00 petang di KML

  3. Gabungan tenaga dan kemahiran beberapa orang guru akan membentuk satu sistem pendaftaran dan statistik yang standard yang akan digunakan untuk kejohanan ini.

MORNING PRAYER SPPK 9 FEB 2010







Saya bersama pegawai-pegawai SPPK yang lain bersama-sama dalam Morning Prayer SPPK 9 Feb 2010 (Selasa), membincangkan beberapa perkara penting untuk tindakan pegawai-pegawai sektor.

Monday, February 8, 2010

MESYUARAT JK KERJA KURIKULUM NEGERI BIL.1/2010











Hari ini 8 Februari 2010, Mesyuarat JK Kerja Kurikulum Negeri diadakan di SM Teknik diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik. Y.Bhg. Pengarah hadir bersama semua Ketua Sektor, Ketua Unit, Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan 1.

Antara agenda mesyuarat ialah:
  1. Ucapan Pengarah (rujuk 'Pesanan Pengarah' dalam web jabatan : http://www.jpnlabuan.net/)
  2. Pembentangan 'Lesson Study'
  3. Pembentangan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

  4. Pembentangan Kaedah Pengajaran Pra Sekolah Berasaskan Semulajadi

  5. Pembentangan Program Mempertingkatkan Bahasa Inggeris Murid-Murid

  6. Pembentangan Penarafan Bintang Makmal Sains Sekolah Menengah Dan Bilik Sains Sekolah Rendah

  7. Pembentangan Dasar 60:40

  8. Strategi Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Dalam Peperiksaan Awam 2010