8 JULAI 2010 TARIKH KELAHIRAN ANAK KAMI YANG KEEMPAT.. AZALEA ARISSA.. KELAHIRANNYA MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA KAMI SEKELUARGA..
Saturday, August 21, 2010
AZALEA ARISSA
8 JULAI 2010 TARIKH KELAHIRAN ANAK KAMI YANG KEEMPAT.. AZALEA ARISSA.. KELAHIRANNYA MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA KAMI SEKELUARGA..
Saturday, June 5, 2010
HARI LAHIR KE 41
1 Jun 2010 saya bersama keluarga meraikan ulang tahun hari lahir saya yang ke 41 secara ringkas di rumah. Seronok melihat persiapan yang dibuat oleh isteri dan 3 orang anak saya. Majlis begini sebenarnya boleh memberi impak besar kepada hubungan erat dalam keluarga. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak, terima kasih juga kepada semua yang memberi ucapan selamat hari jadi dalam facebook saya.
PENGEKALAN STATUS MSSWPL SEBAGAI AHLI BERSTATUS NEGERI DALAM MSSM
Mesyuarat Agung MSSM pada 22 Mei 2010 yang diadakan di M Suite Hotel Johor Baharu dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM telah bersetuju sebulat suara supaya MSSWPL dikekalkan sebagai ahli berstatus negeri dalam MSSM dan tidak bergabung dalam MSSWP.
Semoga keputusan ini akan meningkatkan lagi semangat guru-guru dan murid-murid Labuan dan akan meningkatkan kembali prestasi sukan di WP Labuan.
Sunday, April 25, 2010
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PELAJARAN WP LABUAN
Majlis Perasmian Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran WP Labuan telah disempurnakan oleh Y.B. Kol (K) Datuk Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen WP Labuan pada 25 April 2010. Dalam ucapan beliau, Y.B. Datuk berharap agar Pusat Kokurikulum terus berperanan dengan berkesan untuk meningkatkan jati diri, ketahanan fizikal, mental dan rohani murid dan guru dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.
Y.B. Datuk juga mencadangkan agar semua sekolah menubuhkan dan mengaktifkan Alumni untuk memastikan bekas-bekas murid akan mengingati dan menyumbang kepada kemajuan sekolah.
Y.B. Datuk juga mengumumkan sumbangan dari peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM5000 untuk penyelenggaraan Pusat Kokurikulum, RM2000 untuk setiap PIBG sekolah menengah, RM1000 untuk setiap PIBG sekolah rendah dan sekolah rendah agama Islam.
Seluruh warga pendidikan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan komitmen Y.B. Datuk untuk memartabatkan pendidikan di WP Labuan
PERKHEMAHAN INTEGRASI 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN ZON MALAYSIA TIMUR 2010
Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur telah diadakan pada 22-25 April 2010 di Pusat Kokurikulum WP Labuan. Seramai 200 peserta mengikuti perkhemahan tersebut, terdiri daripada 20 peserta dari Sabah, 20 peserta dari Sarawak dan selebihnya dari WP Labuan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk mencapai matlamat perkhemahan tersebut iaitu aktiviti LDK, kerohanian, rekreasi pagi, berkayak, berbasikal 11 km, rentas halangan, ikhtiar hidup, aktiviti paintball dan kebudayaan. Penutupan perkhemahan disempurnakan oleh Y.Bhg. En Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof, Pengarah Pelajaran WP Labuan.
Tuesday, April 13, 2010
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE 10 TAHUN 2010
Kejohanan Olahraga MSSWPL telah ditutup dgn rasminya oleh YB. Kol (K) Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan pada 10 April 2010. Tahniah kepada pemenang-pemenang :
- SK Membedai (Johan Keseluruhan Sekolah Rendah)
- SMK Mutiara (Johan Keseluruhan Sekolah Menengah)
- SK Rancha-Rancha (Johan Perbarisan Sekolah Rendah)
- SM St Anne (Johan Perbarisan Sekolah Menengah)
Sunday, March 21, 2010
PUBLISITI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL KALI KE 10 TAHUN 2010





Kejohanan Olahraga MSSWPL Kali Ke 10 Tahun 2010 akan diadakan pada 29 & 30 Mac (Acara Padang) di SM Teknik Labuan, dan pada 7-10 April (Acara Balapan) di Mini Stadium Kolej Matrikulasi Labuan. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan tahun ini diterajui oleh SM St Anthony, SM St Anne dan SK Rancha-Rancha.
Diharap semua sekolah telah bersedia untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Jadual acara dan maklumat lanjut kejohanan sila rujuk PK Kokurikulum / Setiausaha Sukan sekolah masing-masing, atau hubungi JK Pengelola.
Foto-foto ini adalah suasana kejohanan olahraga pada tahun 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)
