Saturday, February 6, 2010

TAKLIMAT ORIENTASI GURU BARU WP LABUAN 2010






Hari ini 6 Februari 2010 jam 3.00 petang bertempat di SMK Mutiara, saya menyampaikan taklimat kepada kira-kira 80 orang guru sempena Kursus Orientasi Guru Baru WP Labuan 2010.
Tajuk taklimat yang saya sampaikan ialah ;

  1. Penglibatan Guru Dalam Kokurikulum
  2. Gagasan 1 Malaysia
Satu cabaran juga apabila memberi taklimat pada waktu petang, saya menggunakan kaedah menyampaikan fakta berdasarkan nota yang diberikan serta contoh-contoh tanpa huraian panjang. Kaedah ini sesuai untuk audiens yang mempunyai pengetahuan sedia ada seperti guru-guru ini. Tentunya berbeza jika menyampaikan taklimat kepada murid-murid.

Saya berharap semua peserta kursus akan mempunyai jiwa guru dalam diri mereka, dan tidak menjadikan kerjaya guru hanya sebagai kerjaya untuk hidup sahaja. Kerjaya guru penuh dengan tanggungjawab dan amanah, serta memerlukan pengorbanan demi kejayaan anak-anak bangsa kita.

No comments:

Post a Comment