Monday, December 21, 2009

PERSARAAN EN SIDEK HJ SAID (GURU BESAR SK SUNGAI LADA WP LABUAN)



Tarikh 10 Disember 2009 merupakan tarikh bersejarah bagi En Sidek Hj Said (Guru Besar SK Sungai Lada, WP Labuan). Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada usia 56 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau dikenali sebagai seorang yang sentiasa tenang dan komited dalam melaksanakan tugas. Di akhir perkhidmatannya, beliau dapat menggembleng tenaga guru-guru SK Sungai Lada serta sokongan ibu bapa hingga membawa kepada peningkatan peratus pencapaian UPSR 2009 SK Sungai Lada.


Semua warga SPPK mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh En Sidek untuk menjayakan program peringkat Jabatan terutamanya aktiviti-aktiviti murid.


Majlis persaraan beliau telah diadakan secara sederhana pada 09 Disember 2009 di Jabatan Pelajaran WP Labuan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran, Ketua-Ketua Sektor, para Pengetua dan Guru Besar yang sempat hadir.


Saya terfikir apakah jasa yang dapat saya tinggalkan kepada bidang pendidikan ketika persaraan saya pada 1 Jun 2027 ( 17 tahun 6 bulan dari sekarang),ketika Wawasan 2020 sudah berlalu 7 tahun. Perjuangan mesti diteruskan demi 'survival' anak bangsa.


Sekian, jumpa lagi di kesempatan lain.


1 comment:

  1. Tahniah dah pandai buat blog. Selamat bersara kepada En. Sidek, semoga sentiasa sihat selepas bersara kan? Kami akan menyusul tak lama lagi, nanti kita tanya seronok ke bersara?.....

    ReplyDelete