Wednesday, December 30, 2009

TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERSAMA PENOLONG KANAN HEM DAN PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH WP LABUAN







Satu taklimat persediaan awal sesi persekolahan 2010 kepada semua Penolong Kanan HEM dan pengusaha-pengusaha kantin sekolah-sekolah WP Labuan telah diadakan pada 29 Disember 2009 jam 2.15 petang di Bilik Mesyuarat JPWP Labuan.


Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memastikan semua kantin sekolah beroperasi sepenuhnya pada hari pertama persekolahan 4 Januari 2010 dan mematuhi garis panduan pengurusan kantin sekolah. Semua PK HEM dan pengusaha kantin telah menyatakan mereka telah bersedia lebih awal dan akan mula beroperasi pada hari pendaftaran sekolah. Pelaksanaan RMT (sekolah rendah) akan dilaksanakan pada hari pertama persekolahan. Penyediaan RMT berdasarkan pilihan antara 20 menu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan disediakan kepada murid-murid layak RMT pada awal pagi sebelum waktu persekolahan bermula atau pada waktu rehat.



Secara keseluruhannya, semua sekolah telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan kantin yang sempurna pada hari pertama persekolahan 4 Januari 2010.

No comments:

Post a Comment