Wednesday, December 9, 2009

PROAKTIF MENGHADAPI TAHUN BARU 2010

Perkara-perkara yang perlu difahami dan dikuasai oleh kita sebagai pendidik :

1. 6 Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
  • Membina Negara Bangsa
  • Membangunkan Modal Insan
  • Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
  • Merapatkan Jurang Pendidikan
  • Memartabatkan Profesion Keguruan
  • Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
2. 8 Nilai Aspirasi Gagasan 1 Malaysia
  • Budaya Kecemerlangan
  • Ketabahan
  • Rendah hati
  • Penerimaan
  • Kesetiaan
  • Meritokrasi
  • Pendidikan
  • Integriti
3. 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA):
  • Mengurangkan Kadar Jenayah (Kementerian Dalam Negeri)
  • Memerangi Rasuah (Jabatan Perdana Menteri)
  • Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan (Kementerian Pelajaran)
  • Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  • Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  • Menambahbaik Pengangkutan Awam (Kementerian Pengangkutan)
4. 4 NKPI KPM (sub NKRA 3) :
  • Meningkatkan kadar penyertaan murid pra sekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua pra sekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan
  • Semua murid normal boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi (LINUS) selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
  • Membangunkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi
  • New Deals / Bai'ah Untuk Pengetua dan Guru Besar Berdasarkan 'Performance Based Assessment'
  • Meningkatkan penyertaan pelajar sebanyak 100% dalam aliran vokasional dan teknik
  • Semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam pada akhir tahun 2012
Cari maklumat lanjut daripada pelbagai sumber untuk meningkatkan kefahaman agar kita semua bergerak pada landasan yang sama menuju matlamat yang sama.

Sekian buat permulaan. jumpa lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment