Tuesday, December 22, 2009

TAKZIAH BUAT CIKGU TAHARUDDIN

Saya amat terkejut mendengar khabar bahawa anak kepada Cikgu Taharuddin (Guru di SM St Anthony) telah meninggal dunia pada petang Ahad 20 Disember lalu akibat kemalangan jalan raya. Allahyarham Mohd Azil Afiq Taharuddin (26 tahun) yang bertugas di Majlis Tindakan Pelancongan Labuan sedang membuat rakaman konvoi The Borneo International Big Bike Festival yang melibatkan 200 peserta. Allahyarham membonceng motosikal berkuasa tinggi 'Honda Gold Wind'. Akhbar Daily Express menyatakan 'the bike went out of control after it ran over a pothole and crashed into a tree'. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang di Jalan Tun Mustapha, Kg Batu Arang.

Saya dan rakan-rakan merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Taharuddin sekeluarga. Semoga Cikgu tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

1 comment:

  1. Saya pun terkejut juga mendengarnya. Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan takziah kepada Cikgu Taharuddin serta keluarga

    ReplyDelete