Thursday, December 31, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU







Hari ini 31 Disember 2009 saya sempat ke Lapangan Terbang Labuan pada jam 7.00 pagi untuk berjumpa dengan 3 orang guru yang pernah bertugas bersama-sama saya antara tahun 1997-2002 di SM Sains Labuan. En Mohd Ridzuan Mahad, isterinya Pn Shamsurina Mohd Sham dan Ustaz Mohd Afandi Daud. Kesemua mereka berpindah ke SM Sains Tapah Perak yang akan mula beroperasi pada Januari 2010.


En Mohd Ridzuan Mahad dan Pn Shamsurina Mohd Sham, kedua-duanya guru Bahasa Malaysia merupakan 'orang di belakang tabir' yang selalu diberi tanggungjawab menyediakan teks ucapan Pengarah Pelajaran, YB Ahli Parlimen atau VVIP bagi majlis-majlis peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh WP Labuan.


Ustaz Mohd Afandi Daud merupakan seorang guru dan warden yang sangat dedikasi, sentiasa komited menjaga anak-anak murid di asrama terutamanya aspek kerohanian.


Perpindahan mereka tentulah dirasai oleh warga SM Sains Labuan, namun keperluan perkhidmatan menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan SMSL.


Selamat bertugas di tempat yang baru, tetapkan komitmen dan niat berkhidmat untuk kepentingan anak bangsa kita.


Kepada En Ridzuan, jangan lupa persamaan kita, fanatik Manchester United !


Jumpa lagi, ada kesempatan akan sampai juga di Tapah.

No comments:

Post a Comment