Thursday, December 24, 2009

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2009 WP LABUAN


Hari ini 24 Disember 2009, saya mewakili Tuan Pengarah menyempurnakan Majlis Sidang Akhbar dan Pengumuman Keputusan PMR 2009 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran WP Labuan. Majlis dihadiri Ketua Nazir Negeri, Ketua Sektor SPS, para pengetua, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran WP Labuan serta para wartawan.


Peratus lulus keseluruhan WP Labuan ialah 69.61% (berbanding 72.27% pada 2008). Peratus lulus keseluruhan setiap sekolah pula ialah SM Sains (100%), SM St Anne (87.50%), SM St Anthony (80.00%), SMK Pantai (71.35%), SMK Lajau (69.47%), SMK Labuan (69.40%), SMK Taman Perumahan Bedaun (58.26%) dan SMK Mutiara (50.24%)


Bilangan murid yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 60 orang (berbanding 65 orang pada 2008). Bilangan bagi setiap sekolah ialah SM Sains (25 orang), SM St Anthony (9 orang), SMK Labuan (8 orang), SMK Pantai (8 orang), SM St Anne (6 orang), SMK TP Bedaun (2 orang), SMK Lajau (1 orang) dan SMK Mutiara (1 orang).


Tahniah juga kepada guru-guru dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran WP Labuan dan Jemaah Nazir atas kejayaan anak masing-masing mendapat semua A. Antara yang dapat disebutkan ialah :

1. En Omar Baki Matusin - Ketua Sektor Pengurusan Sekolah ( Nur Aqilah Omar Baki - SMK Pantai)

2. Pn Norliza Mahmud - Timbalan Ketua Nazir Negeri (Nur Sabrina Mohd Rokis - SM Sains)

3. En Asbola Amit - Ketua Unit Sukan (Hanis Mardhiah Asbola - SM Sains)

4. En Matnor Mohd Daud - Penolong Pengarah Unit Disiplin (Nur Sakinah Matnor - SMK Lajau)

5. En Pounsin Kining - Guru SM Teknik (Rosanne Pounsin - SM Sains)

6. En Mazlan Mohamed - Guru SM Teknik (Nurizzettie Mazlan - SM Sains)


Tahniah atas kejayaan semua. Penambahbaikan akan dibincang dalam Post Mortem 30 Disember nanti.


3 comments:

  1. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang kurang berjaya..

    ReplyDelete
  2. Akademik dijadikan kayu pengukur sebagai kejayaan individu terutamanya pelajar.tetapi kejayaan sebenar dalam hidup adalah subjektif.Tahniah kepada semua yang telah mencapai kejayaan yang diimpikan dalam hidup.Kepada murid-murid yang berjaya teruskan perjuangan..dan kepada ibu bapa yang telah dapat mencipta sebuah kejayaan pada anak-anak mereka..syabas dan tahniah..terutamanya kepada "BOSS" ku ehhhh (KUPK)

    ReplyDelete
  3. Tahniah tuan yang menyampaikan maklumat terkini pendidikan di Labuan, nanti boleh kami copy dalam blog kami untuk dikongsikan dengan rakan lain, boleh kan dengan izin penulis blogger baru yang kemas kini? Gambar saya nampak tengkuk saja, he he he...lain kali nampak muka pula hu hu hu...

    ReplyDelete