Wednesday, January 27, 2010

ANTIK TAPI MENARIK



Foto 2 item yang dirakam oleh En Mohd Yunus Mohd Jaafar di SK Sungai Lada ini sangat menarik perhatian saya kerana ada nilai dan kenangan di sebaliknya.

Loceng lama ini mengingatkan kita suasana persekolahan zaman 70an. Bunyi loceng ini menentukan masa masuk kelas, perantaraan waktu dan masa pulang. Ada juga yang menggunakan rim tayar yang juga mengeluarkan bunyi yang kuat untuk tujuan yang sama .

Piala logam lama ini juga mempunyai makna tersendiri. Lihatlah labelnya 'JOHAN MENGHIAS RUMAH' mengingatkan betapa meriah sukan ketika dulu. Piala ini jika diamati ukiran tulisannya merupakan sumbangan seseorang bukannya menggunakan peruntukan sekolah. Kini kemeriahan sukan ingin diwujudkan kembali dan menjadi agenda YAB Menteri Pelajaran kita mulai tahun ini. Menghias rumah sukan merupakan salah satu ciri kemeriahan sukan.

Kembalikan semangat tersebut dan meriahkanlah sukan sekolah kita.

Terima kasih Cikgu Yunus atas idea kreatif ini. Tak sia-sia ikut kursus fotografi. Setiap gambar mengisahkan 1000 cerita.

No comments:

Post a Comment