Monday, January 11, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN SUKAN BERSAMA PK KOKURIKULUM DAN PTPS MSSWPL












Hari ini 11 Januari 2010 jam 2.30 petang telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Sukan Bersama Penolong Kanan Kokurikulum dan Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan (PTPS) MSSWPL di Bilik Penataran SK Pekan Satu.

Mesyuarat membincangkan agenda antara lainnya, Konsep Sukan Tahunan Sekolah Yang Meriah, kejohanan-kejohanan peringkat MSSWPL dan MSSM 2010, Program Pembangunan Sukan dan Inventori / Rekod Aset peralatan Sukan.

Konsep Sukan Tahunan Sekolah Yang Meriah amat diambil berat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. 100 buah sekolah seluruh negara telah dipilih sebagai sekolah rintis. Di WP Labuan 2 buah sekolah yang terpilih ialah SMK Taman Perumahan bedaun (Kategori Sekolah Menengah Harian Luar Bandar) dan SJK (C) Chi Wen (Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dalam Bandar). Buku Garis Panduan telah diberikan kepada kedua-dua sekolah untuk digunakan dalam pelaksanaan sukan sekolah. Maklumbalas daripada 100 buah sekolah rintis menjelang Jun 2010 nanti akan menghasilkan buku garis panduan lengkap yang akan digunakan oleh semua sekolah di seluruh negara.

Antara 4 ciri Sukan Sekolah Yang Meriah ialah :

1. Rumah Sukan yang dibina dan dihias dengan penglibatan murid, guru dan ibu bapa
2. Acara-acara jemputan melibatkan sekolah-sekolah lain seperti acara 4x100 meter
3. Acara Perbarisan Lintas Hormat yang kemas dan teratur
4. Acara jemputan guru, staf dan ibu bapa seperti acara 4x100 meter dan sebagainya

Semua sekolah diminta menerapkan ciri-ciri kemeriahan dalam pengelolaan sukan tahunan sekolah masing-masing tanpa menjadikan kekurangan bajet sebagai sebab untuk tidak memulakannya.

No comments:

Post a Comment