Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 4 JAN 2010






4 Januari 2010, bermulalah sesi persekolahan 2010. Pendaftaran murid telah diadakan pada 2 Januari (Sekolah Rendah) dan 3 Januari (Sekolah Menengah). Saya berada di SK Pekan Dua dan SK Tanjung Aru pada 4 Januari untuk memantau perjalanan hari pertama persekolahan.

Tahniah kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang berjaya melaksanakan pendaftaran dan pengurusan Hari Pertama Persekolahan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada En Awangku Chuchu Pg Md Yassin (Guru Besar SK Pekan Dua) dan En Sulaiman Madin (Guru Besar SK Tanjung Aru) atas kerjasama yang diberikan semasa pemantauan.

Semoga Visi Sekolah Cemerlang 2010 semua sekolah di WP Labuan akan tercapai jua.

No comments:

Post a Comment