Monday, January 25, 2010

TAKLIMAT NKRA PENDIDIKAN









Hari ini 25 Januari 2010 telah berlangsung Taklimat 'Roadshow' NKRA Pendidikan di Jabatan Pelajaran WP Labuan pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Taklimat disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Zulkifly Bin Mohd Wazir (Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM) dan Tuan Hj Mohd Kholil Bin Mohammad (Ketua Sektor Bahagian Pengurusan Sekolah SBP dan Sekolah Kluster KPM).

Antara yang menghadiri taklimat ini ialah Y.Bhg. Pengarah Pelajaran WP Labuan, Ketua-Ketua Sektor, semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.

NKRA Pendidikan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, iaitu :

  1. PRA SEKOLAH : Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan pra sekolah dengan menjadikan pra sekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat : 72% enrolmen untuk kohort kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2010
  2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) : Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Matlamat : 90% menguasai LINUS pada 2010
  3. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) : Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. Matlamat : sasaran 20 SBT menjelang 2010
  4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH (BAI'AH) : Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran serta membantu Pengetua dan Guru Besar yang lemah. Matlamat : 2% Pengetua / Guru Besar menerima ganjaran menjelang 2010

1 comment:

  1. Kita hayati supaya apa yang dicakap dan dirancang dapat dilaksanakan dengan bauik

    ReplyDelete