Thursday, January 14, 2010

PEMANTAUAN RMT






Dengan KPI sekurang-kurangnya satu pemantauan dalam seminggu, hari ini 14 Januari 2010 saya bersama Tuan Hj Abdul Jahar Mulok (Penyelia Kebajikan) dan En Mohd Yunus Mohd Jaafar (Penyelia Kesihatan) membuat pemantauan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di SK Patau-Patau. Pemantauan meliputi aspek Pengurusan RMT termasuk dokumentasi senarai murid layak, jadual menu, agihan makanan dan amalan semasa makan. Turut dipantau ialah hal-hal berkaitan pengurusan kantin seperti senarai harga, sijil kesihatan pekerja, lesen perniagaan, aspek kebersihan penyediaan dan sajian makanan, kebersihan persekitaran serta aspek keselamatan seperti alat pemadam api.

Selain penghargaan dan pujian, beberapa teguran untuk penambahbaikan juga diberi kepada Pengusaha Kantin serta guru-guru yang terlibat dengan urusan RMT dan kantin sekolah tersebut demi memastikan murid-murid mendapat perkhidmatan terbaik serta mendapat impak positif daripada program RMT.

No comments:

Post a Comment