Thursday, January 21, 2010

PEMANTAUAN & BIMBINGAN PROGRAM MENTOR






Pada 20 Januari (Rabu), pegawai-pegawai SPPK bergerak ke beberapa sekolah untuk tujuan pemantauan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pelaksanaan Hari Rabu Hari Kokurikulum, di samping berjumpa dan memberi bimbingan kepada mentee masing-masing iaitu PK HEM dan PK Kokurikulum. Pasukan Unit HEM (Tn Hj Salamat Daliman, Pn Rosminah Jambul, En Asmawi Ahmad, Tn Hj Abdul Jahar Mulok) melawat SK Rancha-Rancha, manakala pasukan Unit Kokurikulum & Unit Sukan (En Subari Dwar, Cik Nor Ain Mohamed, En Asbola Amit dan En Subari Dwar) melawat SK Bebuloh dan SMK Taman Perumahan Bedaun.

Saya bersama En Jumat Latip melawat SK Lubok Temiang dan SK Pantai. Bimbingan yang diberikan merangkumi aspek pengurusan HEM dan Kokurikulum, dengan harapan agar pengurusan HEM dan Kokurikulum sekolah-sekolah akan sentiasa meningkat.

No comments:

Post a Comment