Tuesday, January 12, 2010

MESYUARAT PERMUAFAKATAN JPWPL DAN JAWI WP LABUAN






Hari ini 12 Januari 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat SPA JPWPL telah diadakan Mesyuarat Permuafakatan JPWPL dan JAWI WP Labuan untuk membincangkan beberapa isu / perkara melibatkan kedua-dua jabatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. En Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof (Pengarah Pelajaran WP Labuan), dihadiri bersama oleh Tuan Hj Yussof Mamat (KPP JAWI WP Labuan), Ketua-Ketua Sektor, Ketua-Ketua Unit, pegawai SPPK serta pegawai-pegawai JAWI WP Labuan.

Antara keputusan yang diperolehi daripada mesyuarat tersebut ialah :
1. Penyelarasan waktu persekolahan : Pada Hari Rabu (bermula Februari 2010) murid-murid tahap 2 Sekolah Rendah akan menyertai aktiviti kokurikulum rasmi di sekolah, maka tiada kelas di sekolah rendah agama pada setiap Rabu bagi murid-murid tahap 2.

2. Mesyuarat / bengkel penyelarasan antara Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), KAFA dan Unit Pendidikan Islam JPWPL akan diadakan segera untuk menyelaraskan pengisian pengajaran kerana melibatkan murid yang sama dan bidang yang sama.

3. JPWPL akan membantu JAWI untuk memberi kursus orientasi guru baru bagi guru-guru SRAI yang baru diserap ke skim perkhidmatan DGA29.

4. JPWPL akan membantu JAWI untuk menggubal Garis Panduan Pengurusan Disiplin SRAI, serta pengurusan aspek keselamatan di SRAI.

5. JAWI akan memberi maklumat kepada JPWPL tentang murid-murid yang terlibat / ditangkap semasa operasi JAWI, supaya sekolah maklum dan Kaunselor boleh memberi kaunseling kepada murid berkenaan.

Mesyuarat permuafakatan seperti ini amat berfaedah dan berkesan untuk menyelesaikan isu/perkara yang timbul dengan lebih jelas, mudah dan segera. Ini memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dalam usaha murni mencapai matlamat yang sama untuk membentuk modal insan cemerlang.

No comments:

Post a Comment