Wednesday, January 6, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN SPPK BIL.1/2010


Hari ini 6 Januari 2010, semua staf Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) menghadiri Mesyuarat Pengurusan SPPK Bil.1/2010 bertempat di Bilik Mesyuarat JPWPL pada jam 9.00 pagi - 12.00 tengah hari. Antara agenda mesyuarat ini ialah ucapan aluan pengerusi serta laporan daripada 4 unit iaitu Unit HEM, Unit Kokurikulum, Unit Sukan dan Unit Pusat Kokurikulum.

Dalam ucapan aluan pengerusi, saya menekankan beberapa perkara utama iaitu :
1. Perlunya setiap pegawai / staf SPPK mengetahui dan memahami dasar dan pendekatan baru kerajaan dan KPM (PIPP, Gagasan 1 Malaysia, NKRA, NKPI KPM)
2. Cabaran-cabaran 2010 : Kurang staf dan kurang bajet
3. Penambahbaikan 2010 : menekankan konsep 'SEGERA' dalam melaksanakan tugas dan membuang sikap 'TANGGUH' kerja

Selepas mesyuarat semua staf mengambil kesempatan atas kehadiran 28 daripada 30 staf SPPK untuk bergambar beramai-ramai. Suatu suasana yang jarang berlaku apabila masing-masing sudah mula sibuk dengan aktiviti dan melaksanakan tugas di luar stesen.

Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bersama rakan-rakan di sektor yang lain untuk mengangkat martabat Jabatan Pelajaran WP Labuan dan bidang pendidikan secara keseluruhannya di WP Labuan ini.

No comments:

Post a Comment