Monday, January 18, 2010

PERBINCANGAN ISU-ISU PENDIDIKAN DENGAN YB AHLI PARLIMEN LABUAN






Hari ini 18 Januari 2010, satu perbincangan isu-isu pendidikan antara pihak pengurusan Jabatan Pelajaran WP Labuan dengan Ahli Parlimen Labuan Y.B. Kol (K) Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal telah diadakan di pejabat Y.B. Datuk di Patau-Patau pada jam 3.00 petang. Jabatan Pelajaran WP Labuan diwakili oleh Pengarah Pelajaran WP Labuan Y.Bhg. En. Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof, Ketua-Ketua Sektor dan Ketua-Ketua Unit Jabatan pelajaran WP Labuan.

Perbincangan selama lebih kurang 1 jam mengupas beberapa isu yang berkaitan usaha-usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan di WP Labuan. Ini bertepatan dengan matlamat Jabatan Pelajaran WP Labuan dan Y.B. Ahli Parlimen yang begitu komited untuk menjadikan WP Labuan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Matlamat ini hanya akan tercapai jika pengurusan pendidikan di WP Labuan dibuat secara profesional, sistematik dan semua warga pendidikan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Terima kasih atas keprihatinan Y.B. Ahli Parlimen yang sentiasa mengambil berat dan menyokong usaha-usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan di WP Labuan

3 comments:

  1. Tahniah kerana menyampaikan masage dengan jelas

    ReplyDelete
  2. Terima kasih semua memahami perjuangan dan pendirian saya untuk memertabatkan pendidikan Labuan..kita kena bersatu hati bagi mempertahankan hak..kita kena berubah jika tidak orang akan mengubah kita

    ReplyDelete