Thursday, January 21, 2010
MAJLIS PERMUAFAKATAN JPWPL BERSAMA KETUA KAMPUNG DAN PENGERUSI PIBG
Hari ini 21 Januari 2010 berlangsung majlis permuafakatan bersama Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi PIBG di Bilik Mesyuarat JPWPL. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu pendidikan di WP Labuan dan mendapatkan maklumbalas dan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli majlis bagaimana untuk memartabatkan pendidikan di WP Labuan ini.
Pertemuan ini sangat bermanfaat kerana pihak JPWPL dapat mendengar maklumbalas pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dan dapat mengambil perhatian terhadap saranan atau pandangan yang diberikan.
Semoga pertemuan seperti ini akan diteruskan untuk memasyarakatkan pendidikan dalam kalangan seluruh warga WP Labuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment