Thursday, January 7, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010 MENTERI PELAJARAN



Hari ini 7 Januari 2010 semua warga pendidikan digalakkan mengikuti siaran langsung Perutusan Tahun Baru Menteri Pelajaran di premis masing-masing. Saya bersama-sama staf SPPK yang lain turut menyaksikan siaran langsung majlis tersebut di TV1. Antara intipati ucapan YAB Menteri Pelajaran yang menghuraikan 6 bidang di bawah NKRA KPM ialah :

  • Kadar penyertaan murid pra sekolah meningkat 5% kepada 72% tahun ini dengan membabitkan kanak-kanak seawal umur 4 tahun. Ini bertujuan membina keyakinan anak-anak, membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dari awal lagi.
  • Perluasan pendidikan pra sekolah ke dalam aliran perdana pendidikan akan membolehkan negara kita menepati standard antarabangsa dalam menyediakan pendidikan bagi tempoh 12 tahun bagi setiap murid.
  • Bilangan kelas pra sekolah ditambah kepada 315 buah kelas dengan guru pra sekolah seramai 7511 orang pada 2010
  • Penggunaan Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah masa kini ialah 87%. Sasaran 2010 ialah peningkatan 3% kepada 90%.
  • Guru-guru terbaik ditempatkan mengajar tahun 1
  • Menambah bilangan guru pemulihan kepada nisbah 1guru : 15 murid berbanding nisbah masa kini 1 guru : 1 sekolah
  • Mewujudkan FasiLinus di setiap PPD
  • Merekrut lepasan universiti dan lepasan sekolah menengah untuk dilatih di IPGM dengan sasaran menghasilkan 13000 guru Bahasa Inggeris
  • Semua pemimpin sekolah perlu menetapkan sasaran pencapaian bagi membolehkan insentif kewangan dan bukan kewangan diberikan kepada Pengetua / Guru Besar yang mencapai kedudukan tertinggi atas sumbangan mereka
  • Sasaran 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT) dalam tahun 2010 dan sasaran 100 buah SPT pada 2012
  • 69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan SM Vokasional dan KPM merancang program terbaik agar aliran vokasional dan kemahiran menjadi salah satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan

No comments:

Post a Comment