Thursday, January 21, 2010

MORNING PRAYER SPPK 19 JANUARI






Amalan mengadakan perjumpaan pagi (morning prayer) setiap pagi Selasa jam 8.30 pagi memudahkan perancangan dan pelaksanaan program / aktiviti sektor. Dalam tempoh 30 minit hingga satu jam, perbincangan akan menghasilkan keputusan-keputusan yang berkaitan dengan tindakan segera atau tindakan yang perlu dibuat untuk perkara-perkara yang akan berlangsung pada waktu terdekat.

Antara perkara yang disentuh pada perjumpaan 19 Januari ini ialah tentang pelaksanaan Sistem Mentor antara pegawai SPPK dengan PK HEM dan PK Kokurikulum, pemantauan dasar Hari Rabu Hari Kokurikulum, penggantian keperluan kursus 7 hari setahun dengan pembacaan buku ilmiah, peringatan tentang keselamatan murid semasa mengikuti program luar anjuran agensi / persatuan luar, penggunaan e-gerak oleh semua staf SPPK dan beberapa hal pentadbiran.

1 comment:

  1. hmm.. bagus-bagus. boleh ikut jejak langkah ni.. tp ruangan kitorang terlalu lah sempitnya.. hehe

    ReplyDelete