Tuesday, January 12, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL.1/2010






Hari ini 12 Januari 2010 jam 2.30 petang bertempat di Pusat Kokurikulum WP Labuan diadakan Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh saya sendiri, disertai oleh Ketua Unit Kokurikulum, pegawai-pegawai Unit Kokurikulum dan Unit Sukan serta semua Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah WP Labuan.

Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan ialah :

1. Kepentingan semua PK Kokurikulum mengetahui dan memahami Dasar dan Pendekatan Baru Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti PIPP, Gagasan 1 Malaysia, NKRA dan NKPI KPM.

2. PK Kokurikulum sebagai 'peneraju dan pejuang' aktiviti kokurikulum di sekolah selaras dengan usaha untuk mencapai visi Sekolah cemerlang 2010

3. Dasar Hari Rabu Hari Kokurikulum sebagai pemangkin kepada peningkatan disiplin murid dengan matlamat sifar pelanggaran disiplin ringan menjelang akhir Mac 2010

4. Pengurusan kewangan PCG kokurikulum dan laporan akhir tahun.

5. Sistem Mentor : Pegawai Unit Kokurikulum & Unit Sukan sebagai 'mentor' kepada sekolah-sekolah untuk membantu meningkatkan aspek pengurusan kokurikulum sekolah

6. Pengurusan penilaian 10% markah kokurikulum

7. Caruman insurans Takaful mesti disegerakan. Aspek keselamatan dan surat kebenaran ibu bapa perlu diberi perhatian

8. Sekolah Seni Malaysia

9. Perancangan 2010 Unit Ko Akademik, PBB dan Kelab & Persatuan

10. Penerusan Program Bumi Hijau

No comments:

Post a Comment