Friday, January 15, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL.1/2010






Hari ini 15 Januari 2010, berlangsung Mesyuarat Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling Bil.1/2010 pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat JPWPL. Mesyuarat dipengerusikan oleh saya sendiri, dihadiri bersama oleh Tuan Hj Salamat Daliman (Ketua Unit HEM SPPK), Puan Rosminah Jambol (Penolong Pengarah Bimbingan Dan Kaunseling SPPK), En Ahamid Awang Bongsu (Pengerusi MGKK WPL), Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah WP Labuan.

Antara perkara-perkara penting yang disentuh dalam mesyuarat tersebut ialah :
  1. Keperluan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) memahami dan menghayati Dasar dan Pendekatan Baru Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu PIPP, Gagasan 1 Malaysia, NKRA dan NKPI KPM.
  2. Peranan GBK di sekolah perlu jelas, teratur dan disedari kewujudan mereka di sekolah.
  3. Fungsi GBK harus memberi impak kepada budaya murid di sekolah
  4. Takwim 2010
  5. Kaunseling Berfokus
  6. Guru Cemerlang 2010 (DG44 KUP)
  7. Pemantauan Jemaah Nazir
  8. Program Masuk 'U' bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  9. Borang Maklumat GBK
  10. Jadual Mengajar GBK
  11. Penyerahan Buku Modul Intervensi Mangsa Bencana Alam
Diharap semua GBK akan menjadi 'benchmark' dari segi ketekunan, komitmen kerja serta penampilan personaliti dan perkhidmatan yang diberi memberi impak besar kepada perkembangan murid di sekolah.

No comments:

Post a Comment