Mesyuarat Pengurusan HEM Bil.1/2010 telah diadakan pada 22 Januari 2010 (Jumaat) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pekan Dua WP Labuan. Mesyuarat dihadiri oleh semua PK HEM dan pegawai-pegawai SPPK.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah :
- PK HEM sebagai tunjang yang menentukan watak sekolah melalui pelaksanaan disiplin murid
- PK HEM perlu memahami dasar dan pendekatan baru kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti PIPP, Gagasan 1 Malaysia, NKRA dan NKPI KPM, serta peranan PK HEM dalam mencapai NKPI KPM
- Pelaksanaan Sistem Mentor untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan HEM di sekolah
- Matlamat sifar pelanggaran disiplin ringan menjelang 31 Mac 2010, semua sekolah perlu ada perancangan / pelan tindakan ke arah matlamat tersebut
- Urusan berkaitan bantuan murid perlu diurus dengan cekap dan cepat
- Memastikan setiap murid telah diuruskan caruman Takaful kerana aktiviti murid seperti sukan telah bermula.
- Pembentangan ringkas pegawai setiap unit di bawah HEM (Disiplin, SPBT, Kebajikan, PPDa)
Kita perlu mantapkan pengurusan HEP supaya selari dengan hasrat penubuhanya olek KPM
ReplyDelete